CARA MENGATASI GOUT DENGAN SELAMAT
Assalamualaikum...
Selamat petang semua pembaca blog wati...
Hari ni wati nak share pasal masalah gout.. Banyak sangat sekarang ni dapat penyakit gout lebih-lebih lagi pada kaun lelaki. Wati nak kongsikan cara mengatasi gout dengan selamat.
.
.
Wati nak cerita sikit pasal gout ni.
Gout adalah penyakit arthritis yang menyakitkan yang disebabkan oleh lebihan asid urik dalam tubuh badan. Asid urik dalam aliran darah menyebabkan kristal terhasil pada rawan tendon,sendi dan tisu lain. Tisu-isu ini kemudiannya akn mengalami keradangan dan sering mencetuskan kesakitan yang serius tanpa diduga.
.
.
Penyakit gout biasanya menyerang pada golongan lelaki berbanding wanita. Kesakitan yang dialami paling kerap dirasai di bahagian kaki(terutama ibu jari). Tetapi kesakitan juga boleh dirasai pada sendi lain seperti pergelengangan tangan, pergelengangan kaki, lutut, jari, siku. Sendi ini boleh membengkak dan kelihatan lebam.
APAKAH PUNCA GOUT
🔸asid urik yang tinggi
🔸makan makanan tinggi purine
🔸berat badan yang berlebihan
🔸gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat
🔸keturunan
🔸badan yang berasid
🔸penghasilan asid urik yang berlebihan
🔸proses pembuangan asid urik oleh usus dan buah pinggang kurang efektif.
NAK KESAN LEBIH SELAMAT DAN CEPAT
1)Omega guard
🔸Elak radang
-Gout ialah radang sendi. Jadi sel anda perlukan produk semulajadi yang anti radang seperti minyak ikan omega 3 (omega guard)
-selain dari bersifat anti radang, omegs guard juga bantu menurunkan berat badan secara sihat.
2) B complex
🔸Bakar Asid urik
-selain dari buah pinggang, asid urik juga boleh dibakar melalui proses metabolisma tubuh
🔸Amalkan b complex untuk menukar asid urik kepada tenaga yang digunkan oleh badan.
3)Alfalfa
🔸Elak / pecahkan kristal
- Kristal asid urik terbentuk bila badan terlalu berasid. Kristal yang tajam akan mencucuk saluran darah dan sangat menyakitkan.
- untuk memecahkan kristal kepada cecair asid urik, darah perlu lebih beralkali. Jadi alfalfa dengan fungsi alkali akan pecahkan tophi atau asid urik yang mengeras.
4) vivix
🔸Buang asid urik
-Asid urik dihasilkan oleh sejenis enzim. Dengan mengambil vivix(mengandungi resveratrol). Tahap enzim ini akan diturunkan.
- selain dari itu, ia akan memaksimumkan keupayaan usus dan buah pinggang untuk membuang asid urik. Sekaligus menurunkan tahap asid urik kepada normal.
Wati nak kongsikan juga testimoni yang telah berikhtiar dengan shaklee.
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 13 : ASFA NORAIN MASRI
.
[SAKIT GOUT SUAMI SEMAKIN PULIH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.
Assalamualaikum wbt
Saya Asfa Norain Masri. Saya doakan semoga anda sihat selalu. Saya ingin berkongsi dengan anda semua shaklee effect suami saya selepas amalkan pengambilan vitamin shaklee
.
Suami saya selalu mengadu sakit di bahagian ibu jari kaki dan buku lali sehingga terpaksa mengambil ubat tahan sakit setiap kali sakit. Itulah ubat yang mudah didapati. Paling menyedihkan sakitnya semakin teruk semakin bengkak seolah-olah dicucuk seluruh bahagian kaki. Bayangkan kalau kita yang terpelecok kaki atau sakit tumit setiap kali jalan.
.
Aduh pasti bisa sekali. Sakitnya tiada tertanggung. Itulah yang suami saya rasakan. Setiap kali itulah apabila pergi ke klinik mesti suami request kepada doktor untuk mengambil suntikan. Doktor menyarankan untuk membalut kaki dan menyapukan krim bagi mengurangkan masalah keradangan bengkak yang dialami.
.
Hari berganti hari sakit suami saya semakin kerap menyerang kembali dan suntikan tahan sakit itulah pilihan terbaik dan menjadi rutin apabila suami saya sakit. Kesian memgenangkan suami selalu menahan sakit ketika bekerja. Pekerjaan suami saya memerlukan untuk memakai safety boot dan sentiasa berjalan. Pada mulanya kami menyangka suami mengalami masalah tulang retak. Suami pun membuat xray kaki di hospital. Doktor memberitahu tiada tanda keretakan dikedua kaki suami. Lega rasanya.
.
Memandangkan suami saya jenis yang aktif bersukan saya sarankan suami pergi berurut dengan pelbagai keistimewaan si tukang urut urat dan urut betulkan ibu jari kaki yang bengkak. Sakitnya masa diurut hanya suami saya yang lebih mengerti. Jeritan suami masa diurut memilukan hati saya.
.
Boleh dikatakan hampir setiap bulan sakit itu berulang semula acapkali suami saya tersilap makan dan minum. Suami sering mengadu kaki terasa sangat berbisa sekali apabila cuba berjalan. Sebak saya melihat suami berjalan terhencut-hencut. Ada ketika sehingga terpaksa papah dinding. Ada masanya suami saya tidak tahan menahan sakit apabila menyerang secara tiba-tiba tanpa mengira masa. Suami cakap makan ubat apa pun dah tak ada kesan
.
Suami saya sering menyangkal apabila saya mengatakan mungkinkah penyakit gaut. Takkan di usia 30 an sudah mempunyai masalah gaut. Akhirnya kami sepakat untuk membuat pemeriksaan darah. Saat menanti keputusan ujian darah suami rasa berdebar. Jeng jeng.. Doktor menjelaskan keputusan darah suami saya dan ia jelas menunjukkan paras asid urik yang agak tinggi di dalam darah lantas mengesahkan penyakit gaut.
.
Selepas mengetahui penyakit yang menghantui suami saya selama beberapa tahun ini kami cuba berikhtiar dengan pelbagai jenis ubat dan jus yang boleh membantu mengurangkan sakit. Namun tiada hasil. Malah suami juga mengamalkan pelbagai petua bagi mengurangkan sakit. Tetap tidak berkesan. Sedih sakit itu tidak pernah berkurangan
.
Alhamdulillah..akhirnya dengan izin dari Allah yang Maha Penyembuh kesihatan suami saya semakin berkurangan dari hari ke hari setelah konsisten mengambil supplement shaklee. Suami saya mengambil Vivix Alfalfa Omega Herbalax dan Lecithin secara konsisten setiap hari. Saya sering mengingatkan suami untuk kurangkan pengambilan minuman bergula dan banyakkan pengambilan air kosong.
.
Pengambilan vitamin ini membantu mengurangkan masalah keradangan bisa bengkak gaut yang dialami suami saya.
Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
Membantu mengurangkan masalah keradangan bengkak disebabkan masalah gaut
Membantu melawaskan pembuangan usus dan kencing
Membantu mengurangkan risiko batu karang dan memperbaiki kesihatan buah pinggang
.
Sekarang suami saya tiada lagi sakit setiap bulan seperti dahulu. Kini tiada lagi suntikan. Saya rasa bersyukur sangat. Paling penting pengambilan makanan yang tinggi purin harus dikurangkan bagi menjaga kesihatan. Sehingga sekarang suami masih lagi amalkan pengambilan vitamin Set Detox terdiri dari Herbalax Alfalfa dan Lecithin bagi menyingkirkan toksin berlebihan di dalam badan sekaligus meningkatkan kesihatan fungsi sendi. Terima kasih shaklee. Alhamdulillah.
Sekiranya anda ada masalah macam di atas, anda boleh hubungi saya.
WATI : 0182964246
FB : WATIAZYA
IG :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU
COD BANDAR CUKAI, CHENDOR, PAKA, DUNGUN, JERANGAU
POS SELURUH MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan