11 CARA MUDAH ELAKKAN KETAGIHAN MAKANAN
Assalamualaikum...
Salam ceria buat pembaca blog wati.. Entry wati hari ni pasal ketagih makanan. Suka makan tak kira waktu. Macam mana nak diet kalau macam tu kan?.
.
.
Wati akan kongsikan 11cara mudah nak elakkan ketagihan makanan ni..
Ada masanya, anda tidak dapat menahan diri daripada mengunyah sekeping coklat ketika hendak tidur. Walaupun anda tahu, itu tidak elok untuk diri anda. Namun begitu, sayuran dan buah-buahan, anda langsung tidak ingin untuk menyentuhnya, walaupun tahu ia sangat baik untuk badan anda.
Makanan dan anda! Itulah hubungan yang tidak dapat lari dan sentiasa hidup berdampingan selamanya. Menurut penelitian yang dilakukan oleh woman 's health di Australia mendapati 30% daripada 6000 pembaca wanita mengaku mengalami tekanan kerana makanan.
Malah, mereka kerap merasa bersalah kerana tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan tertentu, walaupun tahu ia tidak baik untuk kesihatan.
11 CARA MUDAH ELAKKAN KETAGIHAN MAKANAN
berikut adalah beberapa saranan untuk mengurangkan dan mengelakkan ketagihan terhadap makanan yang anda ambil..
1)Jumlah lebih kecil
๐ธsecara semulajadi badan kita mampu memberi peringatan untuk berhenti makan. Namun, kita pula mengabaikan peringatan itu. Menurut Mark Gold dari university of florida college of medicine kebiasaan buruk ini, mulakan dengan menggunakan piring atau mangkuk yang bersaiz kecil. Jika keadaan ini diakukan berterusan, nafsu makan pun berkurangan.
2)Kurangkan makanan/minumana manis
๐ธGantikan gula dengan roti, biskut dan makanan yang tidak manis atau mengandungi sedikit gula. Jika lidah anda sudah terbiasa, makanan itu pasti tidak akan menarik lagi buat anda.
3)Makan teratur
๐ธMakan secara teratur akan menjauhkan anda daripada keinginan untuk mengunyah. Anda boleh mengambil makanan yang terdiri daripada nasi merah, roti gandum, bersama protein dan sedikit lemak sihat untuk menjaga gula darah. Ingin mengunyah pada lewat malam? Pilihlah makanan sihat seperti yogurt rendah lemak atau biskut gandum.
4)Mulakan dengan minum
๐ธCubalah minum segelas air putij untuk membuktikan apakah anda betul-betul rasa lapar atau sekadar dahaga.
5)Jangan biarkan perut kosong
๐ธJangan biarkan perut anda dalam keadaan kosong agar makanan yang akan anda ambil nanfi tidak berlebihan.
6)Kenalpasti punca lapar
๐ธBuatlah catatan makanan yang anda ambil selama seminggu. Tulislah rasa hati dan emosi anda ketika anda lapar. Sekurang-kurangnya, catatan ini membantu anda dalam mengenal pasti perkara yang mendorong anda untuk mengunyah secara berlebihan.
7)Mengunyah gula-gula getah
๐ธPara peneliti di Australia mendapati kadar hormon stres kortisol di dalam air liur seseorang yang mengunyah gula-gula getah lebih rendah 16% berbanding dengan mereka yang tidak mengunyah gula-gula getah. Kunyahlah gula-gula getah ketika anda menghadapi stres tetapi pilih yang tanpa gula sahaja.
8)Tunggu 20 minit
๐ธKetika anda mengalami tekanan, otak anda memerlukan masa 20minit untuk meredakan hormon tekanan yang menjadi punca anda lapar. Jadi tundalah keinginan untuk makan ketika tekanan sekurang-kurangnya 20minit .mana tahu keinginan itu akan terus hilang.
9)Lakukan aktiviti
๐ธDengan melakukan senaman, ia membantu untuk mengubah biokimia badan dalam memperbaiki ketidakseimbangan psikologi terhadap ketagihan makanan. Contohnya, ambillah masa untuk bersenam kerana ia membantu mengurangkan waktu untuk tidak makan.
10)Jauhi sumber makanan kegemaran
๐ธIngat! Jika anda teringatkan kelazatan donat, carilah jalan lain untuk tidak melintasi kedai itu. Begitu juga dengan iklan aiskrim, anda boleh alihkan perhatian ada buku yang anda baca.
11)Ketawa
๐ธPenelitian juga menunjukkan ketawa daat mengurangkan tekanan, melepaskan hormon endorphin dan membakar kalori(1 jam ketawa sma seperti anda melakukan latihan beban selama 30minit.)
Di sini juga wati kongsikan testimoni puan dah berjaya turunkan berat badan.
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 15 : AZREN MUHAMED
.
[BERAT BADAN BERKURANGAN DAN MAINTAIN DENGAN SET KURUS ASAS SHAKLEE]
.
Assalamualaikum W.B.T. Saya Nurazren bt Muhamed, berusia 33 tahun dan berasal dari negeri Cik Siti wan kembang. Saya bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di Kota Damansara, Selangor. Saya amat cintakan kerjaya saya.
.
Disini saya ingin berkongsi cerita tentang bagaimana saya nekad berikhtiar untuk mendapat berat idaman walaupun telah memiliki 4 org cahaya mata. Pada zaman anak dara, berat badan saya hanya 47kg sahaja. Setelah berkahwin dan melahirkan anak yang pertama dan kedua, berat semakin bertambah kpd 54 Kg. Saya masih tidak endah tentang berat tu sebab ketinggian saya tidak menampakkan susuk badan saya berisi walaupun berat sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Saya mmg seorang yang suka mkn. Asal lalu depan mata apa-apa yang sedap, memang saya akan beli. Saya memang layan nafsu makan tu tanpa alasan.
.
Masa mengandungkan anak ketiga, berat saya dah mencecah 64 Kg selepas bersalin. Walaupun peha dah memberi signal (bergesel antara 1 sama lain), namun, ianya tetap tak mempengaruhi amalan 'makan sedap' saya sehinggalah saya mengandungkan anak yang keempat, pada tahun 2016 yang lalu. Jumlah kenaikan berat saya selama mengandung 9 bulan ialah 21 Kg. Setiap kali jumpa nurse semasa check up, confirm mereka akan tulis berat gunakn pen merah.
.
Setelah bersalin, berat saya 71 Kg. Masa tu, saya dah mula risau sebab rmai juga yang menegur dgn mengatakan saya agak berisi walaupun dah bersalin. Dengan itu, lepas tempoh berpantang, saya terus beli Set Kurus Asas iaitu Lecithin, Alfalfa dan Herblax. Saya nekad untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat dgn Shaklee. Alhamdulillah, setelah konsisten dalam masa kurang dr 4 bulan selepas berpantang 60 hari, saya telah dapat menurunkan berat badan sebanyak 7 Kg. Saya kawal makan dan lakukan senaman ringan juga. Sangat membanggakan. Saya sangat gembira. Saya kongsi cerita saya dengan beberapa orang rakan dan mereka turut terinspirasi untuk menurunkan berat badan mereka.
.
Sekarang, berat badan saya yang terkini ialah 63 Kg. Saya masih konsisten amalkan 3 vitamin yang telah saya sebutkan tadi. Saya lakukan senaman zumba sekali seminggu demi mengekalkan berat badan yang saya impikan. Paling best, byk baju-baju lama saya yang dulu disimpan rapi, telah dapat disarungkn semula ke badan saya. Syukur sangat. Saya masih berusaha utk turunkn berat saya sebanyak 2 Kg lagi. Doakan saya ye. Inilah #shakleeEffect saya. Siapa-siapa yang punyai masalah seperti saya, jom amalkan apa yang telah saya lakukan. Sama=sama kita upgrade kesihatan kerana nilai sihat amatlah mahal.
Sekiranya berminat nak cuba boleh hubungi
WATI : 0182964246
FB : WATIAZYA
IG :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU
COD BANDAR CUKAI, CHENDOR, PAKA, DUNGUN, JERANGAU
POS SELURUH MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan