Halaman

CARA HILANGKAN PARUT AKIBAT KEMALANGAN

CARA HILANGKAN PARUT AKIBAT KEMALANGAN

CARA HILANGKAN PARUT AKIBAT KEMALANGAN

Assalamualaikum..
Entry wati nak kongsi tentang parut akibat kemalangan..

Korang pernah tak jatuh basikal masa kecil-kecil dulu..wati pernah jatuh masa naik basikal time umur 10 tahun.siap 2 orang sekali gus wati bawa..hehehe.
.
.

Masa tu suka tunggang basikal time turun bukit,memang mencabarkan.Masa kecil dulu parut kat lutut ni memang banyaklah macam stiker..hehe..
.
.
.


Disini wati kongsikan testimoni yang dialami oleh suami beliau.



SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 31 : ROHAIDA NANYAN
.

[LUKA AKIBAT KEMALANGAN PULIH DENGAN CEPAT DAN TIDAK MENINGGALKAN PARUT]
.

Tragedi suami kemalangan semasa aktiviti riadah berbasikal menuruni bukit 4 tahun lepas masih terbayang lagi.
.

Bahagian muka beliau luka-luka akibat tersagat tanah merah, selepas sahaja cuci luka beliau, saya terus suggest vitamin untuk kulit dan beliau mengambil vitamin-vitamin ini secara konsisten sebab risau luka-luka ini akan meninggalkan parut.
.

Takut la tu satg kureng la kehenseman beliau. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚Bersemangat beliau snap pic nak tengok perubahan dari sehari ke sehari, huaaaaaa ☺️☺️
.

Ternyata cepat proses pemulihan luka di wajah beliau, dah hensem balik.
.

Start dari hari itu beliau mula jatuh cinta dengan Shaklee, haaaaaa nampak semakin elok dan tiada parut. Lebiu lah Shaklee ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜




Sekiranya berminat..boleh hubungi

WATI :0182964246

FB      :WATIAZYA

IG      :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU

SID AKTIF KAWASAN KEMAMAN DAN DUNGUN

COD BANDAR CUKAI
CARA MENGATASI BIJI KOLESTROL

CARA MENGATASI BIJI KOLESTROL

CARA MENGATASI BIJI KOLESTROL

Hai...entry wati kali ini tentang bagaimana cara mengatasi biji kolestrol ni.
.
.
.



Ada bintik dekat bawah mata?bukan jerawat tapi bintik ini tak hilang-hilang.Walau macam-macam cara buat tapi bintik ini ada bawah kulit,bukan kat luar macam jerawat.Rupanya inilah kolestrol jahat yang sudah mula munculkan diri.

.
.

Bagaimana boleh terjadinya bintik kolestrol.Bintik kolestrol ini berlaku macam ada benjolan di bawah kulit terutama biasanya sekitar mata ,kerana salur darah mengandungi kolestrol tinggi.

Bintik kolestrol boleh berlaku dengan keadaan di mana seseorang itu selalu mengamalkan gaya hidup kurang sihat.

.
.
.

TIPS DAN CARA MENGATASI BIJI KOLESTROL

-Kurangkan makanan berlemak dan tinggi kolestrol.

-Ambil banyak makanan yang mengandungi kolestrol baik dan tinggalkan kolestrol jahat.

-Jauhkan dari kerap mengambil makanan yang meningkatkan lagi paras kolestrol jahat seperti daging,marjerin dan desert yang manis-manis.

-Ambil banyak buah-buahan segar dan juga sayur-sayuran kerana ia juga boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam badan anda.

-Tingkatkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan paras lemak baik seperti kekacang,avocado,olive oil,pengambilan yang teratur boleh membantu anda menurunkan paras kolestrol yang ada.

-Ambil omega 3

-Lebihkan hidangan ikan.
Kalau boleh makan daging seminggu sekali dah cukup.Selebihnya ambil ikan.Ikan yang bagus adalah ikan laut dalam macam ikan sardin,macherel dan salmon.

-Tambahkan bawang putih dalam hidangan anda.Ia berfungsi sebagai anti radang di mana kolestrol akan meningkat dengan adanya proses keradangan dalam badan.

.
.
.

Disini juga wati ingin kongsikan testimoni tentang masalah yang di alami beliau..

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 27 : OLIVIA JESSICA ANDREW
.
[TAHAP SISTEM IMUNITI TUBUH MENINGKAT,BUTIR KOLESTROL PUN JATUH]
.

Saya Olivia ingin kongsikan kisah anak saya dan saya sekali yang mendapat manfaat daripada vitamin Shaklee.
.

Baru-baru ni anak kedua saya Awon demam, selsema dan batuk. Sudah di bawa ke klinik, tapi semua ubat sangat payah untuk bagi Awon makan. Puas dipujuk dan dipaksa untuk makan ubat, akhirnya habis muntah ke baju dan ke lantai jua.
.

Akhirnya Omega Guard tu saja ubatnya bagi mencairkan kahak. Lumur HB seluruh badan supaya berpeluh. Kurangkan panas badan.
.

Ibu menyusu ambil Nutriferon, Garlic Complex dan Vivix untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan kuatkan antibodi mummy dan dia sekali.
.

Saya konsisten ambik ketiga-tiga vitamin ini disamping vitamin rutin saya Vitamin C dan Lecithin selama seminggu. Saya juga jaga pemakanan dan ambil ubat-ubatan mengikut waktu yang dinasihatkan doktor sebab waktu itu saya pun kurang sihat akibat terjangkit daripada seisi keluarga yang diserang penyakit demam, selsema dan batuk.
.

Seminggu selepas itu Awon semakin sihat dan begitu juga saya. Tapi yang lebih menggembirakan hati saya, butir kolestrol di leher saya telah jatuh. Tinggal bekas sahaja. Gembiranya saya.
.

Ini kerana Vivix, Lecithin dan Garlic Complex merupakan vitamin cadangan bagi mengawal kolestrol jahat dalam tubuh. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat anda semua. Sekian.

.
.
.





Sekiranya berminat...boleh hubungi ...

WATI:0182964246

FB     :WATIAZYA

IG     :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU


SID AKTIF DI KEMAMAN DAN DUNGUN

COD BANDAR CUKAI,GELIGA DAN
PUNCA KEPUTIHAN

PUNCA KEPUTIHAN

PUNCA KEPUTIHAN 

Assalamualaikum...

Hai entry wati hari ni tentang masalah yang di alami kaum wanita iaitu keputihan..dan apa punca terjadi keputihan ini.
.




Pernahkah faraj terasa gatal yang teruk?mungkin juga lendir yang berbau.Kemungkinan besar ialah anda mengalami keputihan.Keputihan tidak mengenal usia dan status perkahwinan.
.
.
Topik kita pada kali ini adalah berkenaan keputihan dan penyebab keputihan itu berlaku.Tetapi sebelum itu,kita harus ketahui cara untuk membezakan apa yang normal dengan yang bermasalah.
.
.

KEADAAN NORMAL

1-Pada kebiasaan ,lendir faraj adalah jernih atau berwarna putih.Jika keputihan tidak berubah menjadi warna kekuningan atau kehijauan menandakan tiada jangkitan berlaku.

2-Keputihan yang berlendir dan tidak berbeku adalah normal,tetapi apabila ia mula berbau hanyir,berbeku,terdapat keradangan atau kegatalan menandakan keputihan yang bermasalah.

3-Faktor utama peenyebab utama penyebab keputihan berlaku adalah di sebabkan bakteria yang berlebihan yang terdapat di dalam faraj.
.
.



PENYEBAB KEPUTIHAN

1-Kanser serviks atau kanser pangkal rahim.

2-Pengambilan antibiotik atau steroid

3-Bakteria viganosis,sejenis jangkitan bakteria yang biasanya berlaku kepada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai beberapa pasangan.

4-pil perancang keluarga

5-klamidia atau gonorea(penyakit kelamin)

6-Diabetes

7-Sabun wangi,losyen atau mandian buih

8-Penyakit radang pelvik

9-jangkitan kulat
.
.
,



PUNCA

-Sering menggunakan tisu sebagai sebahagian daripada mencuci feminin,selepas membuang air kecil atau air besar.

-Memakai seluar ketat yang diperbuat daripada bahan sintetik.

-Sering menggunakan tandas awam yang tidak bersih.

-Kurang menjaga kebersihan faraj

-Tekanan

-Keletihan yang melampau

-Tidak segera menukar tuala wanita semasa haid

-hormon tidak seimbang
.
.
.

Disini saya kongsikan juga testimoni yang dialami beliau

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 9 : SITI NORIZA SALEH
.

[MASALAH KEPUTIHAN TERUK DAN BERBAU YANG DIALAMI BERTAHUN-TAHUN PULIH DENGAN SET KESIHATAN RAHIM]
.

KEPUTIHAN. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat.  Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan.
.

Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal .. Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal.
Keputihan ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. Tapi, tak tahu nak bertanyakan pada siapa untuk elak macamana keputihan tu. Sampaikan, kerap sangat basuh di bahagian tersebut setiap kali gatal, atau membuang air besar. Ke hulu hilir bawa “femine wash” untuk pastikan bahagian tersebut di basuh bersih.
.

Masa mengandung, masalah keputihan semakin menjadi jadi dan bila diajukan pada doktor dan nurse semasa “check up” bulanan, diaorang kata memang itu masalah biasa untuk ibu hamil. Lagi jadi masalah bila perut semakin membesar dan ia menjadi jadi semakin gatal. Ada orang suruh basuh bahagian tersebut dengan air sirih yang direbus dan letakkan daun sirih di bahagian tersebut. Kak Ct buat juga. Tapi sekejap je hilang gatalnya. Esok lusa, ia datang balik.
.

Pernah berjumpa doktor dan doktor pun sahkan masalah keputihan Kak Ct sangat teruk. Jadi doktor masukkan sejenis ubat untuk mengelakkan bakteria merebak ke dalam organ organ dalaman. Ambil juga ubat yang diberikan oleh doktor, tapi hanya seminggu atau selagi makan ubat yang diberikan. Bila tak makan ubat, ia datang balik. Doktor sendiri tak bagi kak ct makan ubat yang dose lebih tinggi sebab masa tu tengah mengandung.
.

Akhirnya, selepas bersalinkan Zafran, dan mencari maklumat berkenaan suplemen penyusuan, terjumpa artikel berkenaan merawat masalah keputihan juga. Macam best, nak cuba juga. Jadi belilah set penyusuan ( ALFALFA, ESP, SR VITAMIN C, B COMPLEX, VITALEA, OSTEMATRIK) dan add on garlic untuk elakkan bakteria semakin merebak dan bantu matikan kulat dibahagian tersebut.
.

Tak sangka, selepas 2 3 bulan konsisten ambil alfalfa dan garlic, masalah keputihan dapat diatasi. Bermula dengan kurang rasa gatal walaupun berpeluh, sehingga dah kurang bau, suami juga akhirnya menegur akan kurangnya masalah keputihan tersebut. Kalau tak, sebelum ni, dia juga komplen akan masalah yang kak ct hadapi. Lama lama, kak ct juga yang malu sendiri dengan keadaan begitu. Ianya, waktu “bersama” adalah waktu yang seronok, tapi ia jadi sebaliknya dengan bau yang tidak sedap dan akhirnya, keinginan itu terus mati disitu. Sedih sangat
.

Tapi kini, Alhamdulillah, walaupun ia tak 100% hilang, ia tidak lagi berbau teruk dan keputihan pun pada tahap yang baik dan hanya datang sebelum 2 3 hari nak haid saja. Pantyliner pun dah lama tak guna. Nak bergerak aktif pun dah tak risau akan berpeluh banyak dan mula gatal gatal. Seronok sangatlah. Garlic dan alfalfa, 2 suplemen wajib yang kak ct ambil hari hari. KITA ENJOYS!!!
.

Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Manakala alfalfa pula adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri. Kacip Fatimah?? Tau tau jelah apa manfaat nya kan? Yang itu pun kak ct dapat manfaatnya. Buat suami tersenyummm saja. opss

.
.
.


Sekiranya berminat...boleh hubungi..

WATI:0182964246

FB     :WATIAZYA

IG     :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU


SID AKTIF KAWASAN KEMAMAN DAN DUNGUN

COD BANDAR CUK

TIPS UNTUK HAMIL

TIPS UNTUK HAMIL

TIPS UNTUK HAMIL




                                 Tips pasangan untuk hamil



Hai...topik wati nak kongsi memang setiap wanita yang dah berkahwin inginkan ..ada yang cepat dan ada juga yang lambat lekat.Ok wati nk kongsi tips untuk hamil.
.
.
.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran zuriat dari darah daging sendirikan?.Walaubagaimanapun,tidak semua yang berjaya mendapatkan zuriat.
.
.

Ada yang menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan seorang cahayamata.Ada pula yang mengandung lebih kurang sebulan selepas berkahwin yang di panggil bunting pelamin.
.
.
.


Tips perlu diketahui untuk pasangan yang nak cepat hamil

1-Waktu terbaik hubungan intim

*Waktu terbaik melakukan hubungan seks adalah pada masa subur atau ketika proses ovulasi berlaku.

2-Lebih kerap tak semestinya lebih baik

*Tidak ada bukti yang menyatakan bilangan hubungan seksual tertentu untuk memastikan seseorang itu hamil.

*Hubungan seksual yang di galakkan adalah sebanyak 3 atau 4 kali seminggu .Walaubagaimanapun,apa yang penting ialah kekerapan melakukan hubungan seks pada waktu yang sesuai untuk hamil.

3-Jauhi stress

*Cuba bertenang ketika bersama pasangan.

*Hubungan kelamin yang disertai dengan tekanan tidak akan membantu dalam usaha untuk hamil malah akan menyulitkan lagi keadaan.

4-Gaya hidup sihat

*Pasangan yang ingin mendapatkan zuriat perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat.

*Ambil makanan yang cukup berkhasiat.Wanita yang sihat dan mempunyai berat badan yang ideal akan lebih mudah hamil berbanding wanita yang berat badannya berlebihan atau kurang.
.
.
.

Disini wati kongsikan testimoni NORSHAHIDAH SAFFANA tentang ikhtiar untuk hamil..dan suplement yang diamalkannya..

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 35 : NORSHAHIDAH SAFFANA
.

[PENANTIAN UNTUK HAMIL SELAMA 2 TAHUN BERAKHIR SELEPAS IKHTIAR DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Saya Norshahidah Saffana binti Mohd Nor. Seorang Jururawat dan ibu kepada 2 orang anak iaitu Iyad Dzulfiqar 3tahun dan Idlan Harith 21hari.
.

Testimoni kali ini saya ingin kongsikan tentang penantian saya untuk hamil selepas 2tahun perkahwinan saya dan suami Mohd Ikhtisyamuddin bin Abd Rashid.
.

Saya dan suami diijabkabulkan pada 03 Mac 2012. Sejak dari tarikh kami diijabkabulkan,saya berusaha untuk mendapatkan zuriat yang pertama memandangkan ramai diantara rakan sebaya saya telah disahkan hamil.
.

Setiap bulan saya mengharapkan ada berita baik. Sehinggakan setiap hari saya mengadu kepada suami yang saya inginkan zuriat pertama.
.

Setelah hampir setahun lebih berusaha,saya terbaca testimoni set kesuburan Shaklee di laman sosial dan saya nekad untuk mencubanya.
.

Saya terus mencuba Set Kesuburan Shaklee iaitu ESP dan GLA untuk saya,manakala Vitamin E dan Zinc untuk suami. Saya dan suami memang konsisten amalkan set kesuburan ini.
.

Pada Ogos 2013 saya telah disahkan hamil anak yang pertama. Bermula dari set kesuburan shaklee saya terus jatuh cinta untuk mencuba dengan set kehamilan shaklee.
.

Alhamdulillah sekarang anak saya yang pertama berusia 3tahun 6bulan.. Saya juga amalkan set kehamilan shaklee ketika mengandung anak yang ke 2..
.

Kawan-kawan yang berusaha untuk hamil boleh ikhtiar mencuba set kesuburan shaklee ini..
.

Alhamdulillah inilah sebahagian dari #shakleeeffect saya.






Sekiranya berminat...boleh hubungi..

WATI :0182964246

FB      :WATIAZYA

IG       :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU


SID AKTIF KAWASAN KEMAMAN DAN DUNGUN

COD BANDAR CUKAI

GELIGA

BUKIT MENTOK

JERANGAU
CARA MENGATASI DEMAM TARIK

CARA MENGATASI DEMAM TARIK

CARA MENGATASI DEMAM TARIK





Assalamualaikum..
Hari ni entry wati pasal demam tarik(panas),yang biasa terjadi anak kitakan?.
.
.

Mesti ibu-ibu risau macam mana nak mengatasi demam tarik ni,ok disini wati nak kongsikan bagai mana nak mengatasinya.
.
.




Demam dapat dikesan melalui kenaikan takat suhu tetap badan.Peningkatan suhu badan boleh disebabkan oleh tiga proses iaiti kenaikan suhu yang ditetapkan pada pusat kawalan yang terdapat di otak.Peningkatan di dalam penjanaan haba pada otak dan pengurangan di dalam kehilangan haba badan.
.
.

MACAM MANA BOLEH DEMAM

1-Jangkitan virus penyebab kepada selsema,sakit tekak dan cirit-birit.

2-Jangkitan kuman di paru-paru(pneumonia) ,batuk kering (TB) dan jangkitan saraf.

3-Demam malaria/denggi

4-Penyakit sendi

5-Ubat seperti antibiotik dan sebagainya

6-Barah/kanser


CARA MENGATASINYA

1-Banyakkan minum air

2-Makan hidangan ringan

3-Mandi air suam

4-Jangan selimut

5-Makan ubat

6-Mendemah

.
.

Disini juga wati kongsikan testimoni FITRIYATUL ASYIQIN tentang masalah yang di alami anak beliau..

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 1 : FITRIYATUL ASYIQIN
.

[KESIHATAN ADAM KHALISH BERTAMBAH BAIK, SEMAKIN KURANG DEMAM TARIK & MASALAH TONSIL DIATASI]
.

Assalamualaikum salam sejahtera semua. Saya Fitriyatul Asyiqin bt Mohd Rudin. Surirumah dan ibu kepada 2 anak iaitu Adam Khalish 4 tahun dan Airis Khalisha 6 bulan.

Testimoni kali ini saya ingin kongsikan tentang anak sulung saya iaitu Adam Khalish bin Abdul Latif.
.

Sejak bayi lagi anak sulung saya ni tidak mengalami masalah yang besar berkaitan kesihatannya. Alhamdulillah syukur Allah mudahkan saya membesarkan Adam Khalish dan permulaan saya menggunakan produk Shaklee ini juga melalui anak sulung saya ini yang mana bermula usianya 6 bulan saya mula mengambil Set Penyusuan Shaklee.
.

Sejak bayi tak pernah alami demam, selsema dan batuk juga tiada. Tapi bermula usianya setahun 3 bulan Adam mula demam. Demamnya yang pada jangkaan kami biasa-biasa sahaja. Kami ke pusat rawatan ambil ubat. Dan bila pulang ke rumah lepas je beri ubat Adam mula fit atau istilah lainnya sawan tarik. Pada usia yang sangat kecil. Masa tu saya dan suami sangat takut.
.

Bila peristiwa tu jadi, kami suami isteri lebih berhati-hati setiap kali Adam demam. Selang hampir setahun Adam tak kena demam tarik, mula usianya 2 tahun lebih datang kembali demam tariknya. Kali Ini berulang-ulang. Berturut-turut setiap bulan kena. Demam juga begitu setiap bulan kena.
.

Sampailah akhirnya kami suami isteri nekad untuk berikan vitamin Shaklee secara konsisten pada Adam. Makan pagi dan petangnya konsisten vitamin-vitamin ni. Mujurlah Adam Alhamdulillah memang suka dan tak tolak semua vitamin ni mudah je nak makan. Rujuk pakar semua sample darah dan air kencing semua normal. Cuma doktor ada cakap yang Adam alami tonsil stage 2 yang menyebabkan dia selalu kerap demam. Kami pun mula ikhtiar untuk ubah cara pemakanan Adam setelah dirujuk pakar pemakanan.
.

Sebab-sebab punca tonsil juga kami baca dan kami nekad untuk konsisten hari-hari berikan Adam vitamin ni selain menjaga pemakanannya hari-hari.
.

Kurangkan pengambilan makanan segera terutamanya nugget dan kentang goreng segera. Dan juga makanan manis dan air berperisa.
.

Omega guard dan Vitamin C Chewable ni sangat membantu kecutkan toncil dan up kan imunisasi tubuh Adam.
.

Dan bila demam selalu tak berselera makan memang saya berikan Mealshake untuk Adam minum. Dan Alhamdulillah sekarang pun kalau demam datang tak lama sehari mesti sembuh kembali.
.

Nutriferon juga saya berikan ketika perlu sahaja. Berbanding lain-lain vitamin yang memang sehariannya konsisten.
.

Kalau dulu Adam makan nasi sepinggan pun liat nak habis tapi Alhamdulillah bila konsisten vitamin ni seleranya lain macam. Dan yang bahagianya saya bila Adam sendiri tak pandai dan takut nak makan jajan (makanan ringan). Dia sendiri pun dah rasa serik ulang alik masuk hospital agaknya.
.

Alhamdulillah sekarang Adam dah 4 tahun dan masih konsisten makan vitamin ni semua.
.

Dan yang paling kami bersyukur Adam dah jarang demam. Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang Maha Penyayang yang beri nikmat sihat ini buat Adam Khalish. Mak ayah mana yang tak risau kan anaknya sakit. Lagi-lagi bila kena sawan tarik ni berkali-kali.
.

Kawan-kawan yang anak kalian selalu demam selsema batuk cuba ikhtiar dengan vitamin Shaklee untuk anak-anak ini naikkan balik imunisasi tubuh anak-anak untuk kuat melawan penyakit yang datang tu. Lagi-lagi musim virus menyerang sekarang ni. In Shaa Allah kita ikhtiarkan sediakan nutrisi yang terbaik buat anak-anak ni.
.

Alhamdulillah inilah sebahagian lagi #shakleeeffect saya dan keluarga.





Sekiranyan berminat...boleh hubungi..


WATI:018 2964246

FB     :WATIAZYA

IG     :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU


SID AKTIF KAWASAN KEMAMAN DAN DUNGUN

COD BANDAR CUKAI,BUKIT MENTOK, GELIGA,JERANGAU,



PUNCA DAN CARA MENGATASI GOUT

PUNCA DAN CARA MENGATASI GOUT

PUNCA DAN CARA MENGATASI GOUT

Hai...selamat hari khamis..entry wati kali ini pasal gout.Apakah punca dan macam mana cara nak mengatasi masalah ini.
.
.
.



GOUT adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon,sendi dan ianya membengkak.Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.
.
.
.

PUNCA GOUT

1-Gaya hidup yang tidak sihat

2-obesit/kegemukan

3-Penyakit,keadaan kesihatan dan ubat

4-Pembedahan dan sakit tenat

5-Genetik

6-Pemakanan
.
.



CARA MENGATASI

1-Amalkan diet rendah purine

*Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine,contohnya organ dalaman (paru,hati)bilis,sardin dan kekacang.

2-ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.

3-Minun banyak cecair terutamanya air,untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran urate.

4-Kawal berat badan ,kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.

5-.Bersenam.

.
.

Wati juga kongsikan testimoni ASFA NORAIN MASRI tentang masalah gout yang di alami oleh suami beliau.


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 13 : ASFA NORAIN MASRI
.

[SAKIT GOUT SUAMI SEMAKIN PULIH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum wbt
Saya Asfa Norain Masri. Saya doakan semoga anda sihat selalu. Saya ingin berkongsi dengan anda semua shaklee effect suami saya selepas amalkan pengambilan vitamin shaklee
.

Suami saya selalu mengadu sakit di bahagian ibu jari kaki dan buku lali sehingga terpaksa mengambil ubat tahan sakit setiap kali sakit. Itulah ubat yang mudah didapati. Paling menyedihkan sakitnya semakin teruk semakin bengkak seolah-olah dicucuk seluruh bahagian kaki. Bayangkan kalau kita yang terpelecok kaki atau sakit tumit setiap kali jalan.
.

Aduh pasti bisa sekali. Sakitnya tiada tertanggung. Itulah yang suami saya rasakan. Setiap kali itulah apabila pergi ke klinik mesti suami request kepada doktor untuk mengambil suntikan. Doktor menyarankan untuk membalut kaki dan menyapukan krim bagi mengurangkan masalah keradangan bengkak yang dialami.
.

Hari berganti hari sakit suami saya semakin kerap menyerang kembali dan suntikan tahan sakit itulah pilihan terbaik dan menjadi rutin apabila suami saya sakit. Kesian memgenangkan suami selalu menahan sakit ketika bekerja. Pekerjaan suami saya memerlukan untuk memakai safety boot dan sentiasa berjalan. Pada mulanya kami menyangka suami mengalami masalah tulang retak. Suami pun membuat xray kaki di hospital. Doktor memberitahu tiada tanda keretakan dikedua kaki suami. Lega rasanya.
.

Memandangkan suami saya jenis yang aktif bersukan saya sarankan suami pergi berurut dengan pelbagai keistimewaan si tukang urut urat dan urut betulkan ibu jari kaki yang bengkak. Sakitnya masa diurut hanya suami saya yang lebih mengerti. Jeritan suami masa diurut memilukan hati saya.
.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan sakit itu berulang semula acapkali suami saya tersilap makan dan minum. Suami sering mengadu kaki terasa sangat berbisa sekali apabila cuba berjalan. Sebak saya melihat suami berjalan terhencut-hencut. Ada ketika sehingga terpaksa papah dinding. Ada masanya suami saya tidak tahan menahan sakit apabila menyerang secara tiba-tiba tanpa mengira masa. Suami cakap makan ubat apa pun dah tak ada kesan
.

Suami saya sering menyangkal apabila saya mengatakan mungkinkah penyakit gaut. Takkan di usia 30 an sudah mempunyai masalah gaut. Akhirnya kami sepakat untuk membuat pemeriksaan darah. Saat menanti keputusan ujian darah suami rasa berdebar. Jeng jeng.. Doktor menjelaskan keputusan darah suami saya dan ia jelas menunjukkan paras asid urik yang agak tinggi di dalam darah lantas mengesahkan penyakit gaut.
.

Selepas mengetahui penyakit yang menghantui suami saya selama beberapa tahun ini kami cuba berikhtiar dengan pelbagai jenis ubat dan jus yang boleh membantu mengurangkan sakit. Namun tiada hasil. Malah suami juga mengamalkan pelbagai petua bagi mengurangkan sakit. Tetap tidak berkesan. Sedih sakit itu tidak pernah berkurangan
.

Alhamdulillah..akhirnya dengan izin dari Allah yang Maha Penyembuh kesihatan suami saya semakin berkurangan dari hari ke hari setelah konsisten mengambil supplement shaklee. Suami saya mengambil Vivix Alfalfa Omega Herbalax dan Lecithin secara konsisten setiap hari. Saya sering mengingatkan suami untuk kurangkan pengambilan minuman bergula dan banyakkan pengambilan air kosong.
.

Pengambilan vitamin ini membantu mengurangkan masalah keradangan bisa bengkak gaut yang dialami suami saya.
Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
Membantu mengurangkan masalah keradangan bengkak disebabkan masalah gaut
Membantu melawaskan pembuangan usus dan kencing
Membantu mengurangkan risiko batu karang dan memperbaiki kesihatan buah pinggang
.

Sekarang suami saya tiada lagi sakit setiap bulan seperti dahulu. Kini tiada lagi suntikan. Saya rasa bersyukur sangat. Paling penting pengambilan makanan yang tinggi purin harus dikurangkan bagi menjaga kesihatan. Sehingga sekarang  suami masih lagi amalkan pengambilan vitamin Set Detox terdiri dari Herbalax Alfalfa dan Lecithin bagi menyingkirkan toksin berlebihan di dalam badan sekaligus meningkatkan kesihatan fungsi sendi. Terima kasih shaklee. Alhamdulillah.

.
.



Sekiranya berminat...boleh hubungi..

WATI:018 2964246
FB     :WATIAZYA
IG     :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU


SID AKTIF KAWASAN KEMAMAN DAN DUNGUN
COD BANDAR CUKAI,BUKIT MENTOK,GELIGA,JERANGAU

PUNCA PENYAKIT HYPERTHYROID( TIRIOD)DAN KESANNYA

PUNCA PENYAKIT HYPERTHYROID( TIRIOD)DAN KESANNYA

PUNCA PENYAKIT HYPERTHYROID(TIRIOD)DAN KESANNYA

Assalamualaikum..entry wati hari ni tentang hyperthyroid dan kesannya.
.
.

Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di bahagian depan leher.Ia menghsilkan hormon yang mengawal kelajuan metabolisme anda iaitu sistem yang menbantu badan menggunakan tenaga.Kelenjar tiroid(thyroid gland) melalui hormon yang dihasilkannya mempengaruhi hampir kesemua proses metabolik di dalam badan kita.
.
.



Antara simptom hyperthyroid ialah:

1-Berat badan naik atau turun tiba-tiba

*Perubahan berat badan secara tiba-tiba adalah tanda biasa gangguan tirod.Kenaikan berat badan adalah tanda hormon tiroid berada di aras yang rendah atau dipanggil sebagai hipotiroid.Sebaliknya jika tiroid anga mengeluarkan hormon yang lebih daripada yang diperlukan oleh badan,anda mungkin akan kehilangan berat badan secara tiba-tiba.

2-Bengkak di leher

*Pembengkakan atau pembesaran pada leher adalah clue yang nampak bahawa mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan tiroid anda.

3-Perubahan pada kadar degupan jantung

*Hormon tiroid memberi kesan kepada hampir semua organ di dalam badan kita dan juga mempengaruhi kadar degupan jantung kita.Bagi pengidap hipotiroid akan mengalami kadar denyutan jantung yang lebih perlahan daripada biasa.

4-Perubahan pada tenaga dan mood

*Gangguan tiroid akan memberi kesan kepada energy level dan mood anda.

*Hipotiroid akan menjadikan anda merasa penat,lembap dan tertekan.

5-Keguguran rambut

*Keguguran rambut adalah tanda lain bahawa hormon tiroid anda berada di dalam keadaan tidak seimbang.

6-Merasa terlalu sejuk atau terlalu panas

*Gangguan tiroid akan menganggu kebolehan badan untuk mengawal suhu badan.Mereka yang mengidap hipotiroid akan merasa lebih sejuk.

.
.

Disini wati kongsikan testimoni MOHAMAD ISA SHAFII tentang masalah yang dihadapi isteri beliau.



SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 7 : MOHAMAD ISA SHAFII
.
[HYPERTHYROID SEMAKIN PULIH DAN BERAT BADAN ISTERI KEMBALI NORMAL DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Mohamad Isa Bin Shafii merupakan seorang suami kepada seorang isteri yang comel dan baru mendapat cahaya mata pertama pada bulan September 2016. Saya mula kenal Shaklee pada awal tahun 2016 untuk ikhtiar hamil. Alhamdulillah sebulan selepas ikhtiar saya dikurniakan zuriat. Selepas itu terus amalkan fullset berpantang Shaklee semasa wife bersalin dan terus menjadi sebahagian dari ahli Shaklee.
.

Mula dari situ saya yakin dengan Shaklee dan akan terus berkongsi kebaikan yang ada pada Shaklee untuk orang ramai. Bagi saya,  Sihat itu nikmat yang tak ternilai dari Allah. Duit boleh dicari tapi sihat tak boleh dicari di pasar malam. Oleh itu, kali ni saya nak kongsikan pengalaman sebenar saya dan isteri semasa amalkan suplimen Shaklee dan ini dan sembuh dari tiroid .
.

Pada 4 bulan lepas, masa anak saya Harraz dah berumur 7 bulan. Saya seperti biasa akan membawanya ke klinik untuk check up. Selepas settle semua hal Harraz. Saya minta wife cekkan berat badannya.
.

Sangat terkejut bila beratnya sangat turun dengan mendadak sampai masa tu dah jadi 30kg beratnya. Allahu, sungguh kurus! Sebelum tu hampir 40kg.
.

Masa tu saya tak peduli sangat pasal berat badan sebab time tu Harraz memang menyusu dada sepenuhnya. Lagi pun memandangkan wife saya seorang yang kecik molek comel cute gitu dan masa tu juga wife amalkan pil perancang keluarga. Mungkin sebab tu kot wife saya jadi kurus. Jadi saya acuh tak acuh tentang penurunan berat.
.

Lama selepas tu, wife dah mula jadi selalu menggigil dan berdebar dengan kuat bila lewat makan. Tekanan darah memang cepat naik. Jantung pula pam terlalu laju. Time tu memang risau sangat sangat.
.

Dan ada satu masa wife saya tiba tiba pengsan dan terus di bawa ke klinik bahagian kecemasan untuk pemeriksaan. Selepas siap pemeriksaan barulah saya tahu yang wife dah hidap TIROID. Tiroid ni ada 2 jenis, wife saya kena yang HYPERTIROID. Hypertiroid ni masalah hormon yang berlebihan dan terlalu aktif.
.

Lepas je dapat tahu, terus google dan tanya kawan kawan macam mana nak stabilkan hormon untuk kembali normal tiroid tu.Semua cadangkan untuk amalkan Set Hypertiroid Shaklee. Dan saya terus belikan suplimen Shaklee iaitu Vivix, Esp, B complex, Ostematrix dan Vitamin C. Wife amalkan set ni sehingga sebulan dan pada masa yang sama ubat tiroid yang dibekalkan oleh klinik juga di amalkan.
.

Selepas sebulan wife datang ke klinik untuk pemeriksaan susulan lagi dan alhamdulillah hormon tiroid kembali normal. Syukur sangat time tu tapi bengkak goiter pada leher masih tak surut. Ah sudah, saya pulak yang gelabah.
.

Saya terus tanya kawan yang lain dan mereka cadangkan tambah Omega Guard untuk mengurangkan bengkak goiter dan keradangan yang berlaku pada tiroid tu.
.

Dan check up bulan ke 2 pun masih dapat result yang sama, hormon sudah tak ada masalah cuma bengkak masih lagi tak surut dan berat wife juga makin menurun dah jadi 28kg. Disebabkan hormon tiroid dah kembali normal, dos untuk tiroid juga dikurangkan.
.

Haa sudah, makin risau pula saya. Buntu pula saya dibuatnya. Time tu terus saya teringat pada seorang sideline dan juga doktor. Terus saya hubungi dia dan tanya cara untuk hilangkan bengkak goister tu. Pada masa tu saya ada inform dia yang wife ada ambil pil perancang untuk elak dari pregnant sebab risau bila pregnant akan menjejaskan baby dalam kandungan pula. Bila dia tahu yang wife ada ambil pil perancang terus dia suruh STOP! sebab sebenarnya pil tu yang telah ganggu hormon tiroid.
.

Masa tu jugaklah saya sorokkan pil tu dan tak bagi wife makan lagi. Pada masa tu juga saya belikan GLA untuk wife supaya hormonnya kembali stabil. So wife amalkan fullset hypertiroid Shaklee ni.
.

Dalam masa sebulan wife amalkan set ni serta tak pernah skip ubat klinik dan juga tanpa pil perancang. Alhamdulillah berat wife naik semula sebanyak 5KG dan bengkak terus hilang! Syukur sangat sangat. Sekarang pun berat semakin naik. Makan pula semakin selera. Tekanan darah dah normal dan rasa berdebar dan menggigil juga semakin hilang! Time raya haritu cek lagi beratnya, naik lagi 2KG. ๐Ÿ˜
.

Saya bersyukur sangat bila melihat wife semakin sihat. Pipi pun dah semakin bambam hehehe. Harap dapat terus naik beratnya sampai bmi yang normal. Aminn.
.

So,  ini lah #shakleeeffect dari wife saya. Jangan lupa amalkan Suplimen Shaklee untuk lebih sihat . Yakin dengan Shaklee yang sentiasa SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI. Terima Kasih ๐Ÿ˜‰





Sekiranya berminat...boleh hubungi..

WATI:018 2964246
FB     :WATIAZYA
IG     :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU

SID AKTIF KAWASAN KEMAMAN DAN DUNGUN
COD BANDAR CUKAI,BUKIT MENTOK ,GELIGA ,JERANGAU.


CARA MUDAH MENYENTAL PAKAIAN ANAK-ANAK

CARA MUDAH MENYENTAL PAKAIAN ANAK-ANAK

CARA MUDAH MENYENTAL PAKAIAN ANAK-ANAK

Assalamualaikum...
Selamat hari rabu,hari ini wati ingin  berkongsi cara mudah menyental pakaian anak-anak.
.
.


Wati ada adik ,mama cakap kalau nak basuh baju dia ,ya allah memang payah nak tanggal hitam kat kolar baju tu.Bila banyak kali menyental pun belum tentu hilang.

Walau dah rendam dengan serbuk pencuci pakaian,saya kena menyental lagi pakaian ini untuk tanggalkan kotoran degil pada baju tu.Lenguh jugaklah nak sental tu kan.
.
.
.

Disini wati kongsikan testimoni NAJIHAH ABDUL MUTALIB cara mudah menyental pakaian anak beliau.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 14 : NAJIHAH ABDUL MUTALIB
.

[SAYA TIDAK PERLU MENYENTAL PAKAIAN ANAK-ANAK DAN ELERGI PADA KULIT JUGA TIADA LAGI]
.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya Puan Najihah bt. Abdul Mutalib, ibu kepada 6 orang anak yang cergas dan aktif sepanjang masa. Kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua satu lagi #shakleeeffects yang saya rasai sendiri setelah menggunakan produk Shaklee ini.
.

Sebagai ibu bekerjaya dan mempunyai anak-anak kecil seramai 6 orang serta tidak mempunyai pembantu rumah pula, kerja membasuh pakaian anak-anak merupakan salah satu rutin harian yang kekadang amat memenatkan. Mana taknya, kanak-kanak pada usia seperti anak-anak saya dari 2 hingga 13 tahun amat aktif dan pakaian mereka selalu sangat kotor terkena pelbagai kotoran terutamanya selepas mereka bermain di luar mahupun di dalam rumah.
.

Bukan itu sahaja, pakaian sekolah lagi lah penuh kotoran dan daki terutamanya pada bahagian kolar, lengan dan poket baju.  Tambahan pula kotoran pada baju anak-anak lelaki dan termasuk juga kasut sekolah mereka. Baru sehari pakai dah hitam dan kotor sangat.
.

Bila berhadapan dengan situasi sebegini, terutamanya bila si ibu dah terasa letih sangat selepas seharian bekerja, kadang-kadang kita sebagai ibu boleh jadi stres tengok kotornya pakaian anak-anak ni. Bukannya stres apa sangat, tapi sebab nak kena sental kotoran dan daki tu yang buat semangat dan kerajinan ibu menurun. Hihihi..
.

Kalau dulu, walau dah rendam dengan serbuk pencuci pakaian, saya kena menyental lagi pakaian anak-anak ni untuk tanggalkan kotoran degil pada baju mereka. Lenguh jugak la nak sental tu kan.
.

Tapi alhamdulillah, sejak menggunakan Serbuk Pencuci Pakaian Get Clean Shaklee, kerja-kerja membasuh pakaian anak-anak jadi mudah. Saya hanya perlu merendam pakaian anak-anak yang kotor itu semalaman, esoknya kotoran dah hilang dan saya tak perlu sental lagi. Jika kotoran pada pakaian anak-anak terlampau degil pun, saya hanya perlu memberus sedikit sahaja tanpa perlu sental kuat-kuat.
.

Sama juga dengan kasut sekolah anak-anak. Rendam sahaja semalaman, esoknya hanya perlu berus sedikit sahaja. Biasanya untuk merendam pakaian atau kasut sekolah anak-anak, saya menggunakan hanya 1/2 - 1 sudu sahaja serbuk pencuci Shaklee ni. Memang amat menjimatkan.
.

Selain kegunaan untuk cucian tangan, saya juga gunakan Serbuk Pencuci Shaklee Get Clean ini untuk cucian mesin. Untuk pakaian yang lebih lembut dan harum, saya turut menggunakan Pelembut Pakaian Shaklee Get Clean.
.

Selain dapat menanggalkan kotoran dengan berkesan, serbuk pencuci dan pelembut pakaian Shaklee Get Clean juga selamat digunakan untuk pakaian bayi dan kanak-kanak. Ia juga amat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit atau elergik kepada serbuk pencuci.
.

Dulu, jika saya guna serbuk pencuci biasa kulit tangan saya pasti menggelupas dan ada masanya akan naik gelembung air (air bisa) pada tapak tangan serta jadi gatal-gatal. Tapi kini masalah pada kulit dan tapak tangan saya tiada lagi.
.

Ternyata, serbuk pencuci dan pelembut pakaian Shaklee Get Clean amat memudahkan dan melancarkan urusan kerja-kerja rumah saya. Sejak saya mula menggunakan produk Shaklee Get Clean lebih 3 tahun yang lalu, saya tidak lagi beralih arah kepada produk pencuci yang lain kerana saya amat puas hati dengan keberkesanan dan keselamatan produk keluaran Shaklee ini.
.

Jadi kepada anda di luar sana terutamanya para ibu yang masih tercari-cari produk pencuci pakaian yang selamat dan berkesan, bolehlah mencuba rangkaian produk Shaklee Get Clean. Saya dah lama rasai kebaikan Shaklee, anda bila lagi?

.
.




Sekiranya berminat...boleh hubungi ...

WATI:018 2964246
FB     :WATIAZYA
IG     :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU


SID AKTIF KAWASAN KEMAMAN DAN DUNGUN.COD BANDAR CUKAI,GELIGA,BUKIT MENTOK,JERANGAU

PUNCA DAN SIMPTOM PENYAKIT TANGAN,KAKI DAN MULUT(HFMD)

PUNCA DAN SIMPTOM PENYAKIT TANGAN,KAKI DAN MULUT(HFMD)

PUNCA DAN SIMPTON PENYAKIT TANGAN,KAKI DAN MULUT(HFMD)

Assalamualaikum..penyakit tangan,kaki dan mulut mesti anda dah tahu kan?..yang ada anak tu mesti pernah kena penyakit macam ni..
.
.

Disini wati nk kongsi tentang punca dan simptom penyakit tangan,kaki dan mulut(HFMD)




Penyakit tangan,kaki dan mulut merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan jangkitan virus.Pesakit selalunya akan mengadu ulser yang banyak di dalam mulut berserta ruam di tangan dan kaki.Penyebab kepada penyakit ini adalah disebabkan 2 jenis virus iaitu virus coxsackie dan virus enterovirus.
.
.



Ketika mana ulser banyak di bahagian mulut,ia akan menyebabkan pesakit terutamanya kanak-kanak selera makan dan minum hilang.Pesakit akan menangis ketika mengambil makanan dan juga minuman.

.
.

Antara simptom penyakit (HFMD) ialah:

1-Demam yang tinggi (suhu 38.2 darjah celcius)

2-kurang selera makan

3-sakit perut

4-batuk

5-sakit mulut


.
.

Disini wati kongsikan testimoni WANA MOHD TAHIR tetntang masalah yang dialami anak beliau.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 26 : WANA MOHD TAHIR
.

[ANAK SEMBUH DARIPADA HFMD]
.

Nama Saya Nor Hawana Mohd Tahir. Saya bekerja sebagai Pembantu Pustakawan dan mempunyai 2 cahaya mata. Kali ni Saya nak berkongsi kisah anak lelaki Saya Naeem Akmal yang terkena penyakit tangan kaki mulut atau HFMD.
.

Kisah anak Saya bermula pada awal tahun 2017 yang lepas. Saya telah menghantar anak Saya ke sekolah tadika. Baru je mula sekolah sekitar 2 minggu macam tu dia dah kena cuti.
.

Alkisahnya, tangan siku kaki dan tepi mulut anak Saya tumbuh biji-biji merah dan biji air gelembung. Saya sedar biji-biji ni tumbuh pun hari kedua selepas anak Saya mengadu dia tak boleh nak berjalan dan memakai selipar. Biji- biji ni tumbuh selepas dia demam.
.

Kita ni bila dah jadi Ibu dengar ke tengok anak tak sihat mulalah jiwa tu berkocak semacam kan. Bukan apa risau tengok keadaan anak. Ibu mana lah sanggup tengok anak kecil kesakitan macam tu kan. Saya kurang pasti dia dapat HFMD dari mana.
.

Saya tunjuk pada kawan-kawan dan kakak. Masing-masing confuse sama ada anak Saya kena HFMD atau Chicken pox. Saya yang dengar ni mula lah gelabah. Petang tu lepas kerja, Saya terus bawa anak pergi Klinik.
.

Masa di klinik doktor pun tak pasti sama ada HFMD atau tak sebab dalam mulut anak takde tumbuh biji merah. Dapatlah ubat demam dan ubat sapu. Balik je rumah  Saya ambil herba blend dan mandikan anak Saya dengan basic H. Semua baju-baju anak pun Saya rendam dengan Basic H.
.

Kebetulan Saya ada dapat beberapa stick Nutriferon, Saya pun bagi pada anak. Chewable vita C pun Saya bagi juga. Tapi anak lelaki Saya ni kurang gemar benda masam jadinya susah gak la nak paksa dia makan vitamin tu.
.

Kalau nak tahu, Saya memang selalu sapu herbal blend dan mandikan anak dengan basic H bila badan anak-anak dah start dedor nak demam.☺ Kiranya ni tindakan pantas Saya sebelum bawa dorang ke klinik. Okay, sambung kisah tadi.
.

Alhamdulillah, lepas beberapa hari biji-biji merah yang ada di tepi mulut, tangan, siku dan kaki pecah dan kering. Lega sangat bila tengok keadaan anak beransur pulih dan boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
.

Moga perkongsian Saya ni dapat memberi manfaat untuk kawan-kawan, ibu-ibu dan ayah-ayah  yang membaca yer.

Akhir kata, Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih Allah sebab temukan Saya dengan Shaklee.





Sekiranya berminat...boleh hubungi..

WATI:018 2964246
FB     :WATIAZYA
IG     :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU


SID AKTIF KAWASAN KEMAMAN DAN DUNGUN.COD BANDAR CUKAI,GELIGA,BUKIT MENTOK, JERANGAU.

CARA KURANGKAN GASTRIK

CARA KURANGKAN GASTRIK

CARA KURANGKAN GASTRIK

Hai...hari ini wati nak menyentuh pasal gastrik,dan cara kurangkan gastrik.
.
.




.
.

Gastrisis ialah radang pada lapisan perut.Ada beberapa punca yang menyebabkan gastrik.Yang paling selalu ialah di sebabkan oleh:

1-Jangkitan bakteria Helicobacter pyiori yang menyebabkan ulser pada perut.

2-penyakit Autoimmune

3-Aliran semula cecair hempedu ke dalam perut

4-Penggunaan ubat anti keradangan dalam tempoh yang lama

5-Dalam sesetengah kes,lapisan perut seolah-olah dimakan menyebabkan terjadinya peptic ulcer pada perut atau pun pada usus kecil

.
.

Simptom-simptom dan tanda-tanda serangan gasrtik

-Ketidakhadaman

-Sakit ulu hati

-Sakit bahagian abdomen

-Sendawa

-Hilang selera makan

-Rasa loya

-Najis berwarna gelap




Cara-cara kurangkan gastrik

1-Elakkan makanan pedas dan berempah

2-Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih

3-Hentikan minuman beralkohol

4-Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman.

5-Ambil vitamin B12,vitamin E dan vitamin C untuk mengantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan

6-Boleh amalkan makan halia

7-Amalkan minum air kelapa yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut

8-Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom

9-Elakkan minuman kafien dan bikarbonat

10-Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan di perap

11-Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi

12-Kalau perut rasa pedih dan tak tahan,boleh cari ubat anti-asid untuk kurangkan pedih perut

13-Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal,boleh dapat ubat gastrik daripada doktor

.
.

Disini wati kongsikan juga testimoni MAISARAH MD SAUPI tentang masalah yang di hadapinya..,

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 8 : MAISARAH MD SAUPI
.
[GASTRIK 16 TAHUN SEMAKIN PULIH DENGAN BANTUAN SET GASTRIK SHAKLEE]
.

Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh.Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun.Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu kan betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang.
.

Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik.Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat,selalunya walau makan ubat masa sahur lepas berbuka mesti kena juga gastrik.kalau sakit kepala boleh lagi tidur rehat pejam mata, tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan,pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin perut, tidur pun merengkuk je badan.Masa bujang boleh lah tidur macam ni tapi sejak kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan.
.

Begitu lama kakma bergantung dengan ubat tapi kakma dapati ubat hanya untuk tahan sakit bukan untuk sembuh terus sakit gastrik, Kenapa kakma mengatakan begitu? ini kerana 16 tahun kakma makan ubat gastrik tak sembuh pun hanya hilangkan sakit sahaja.
.

Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu kena gastrik. Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik sangat membantu untuk sakit gastrik.Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan.Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tk boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger.
.

Ini lah set Gastrik yang kakma ambil.

 Energizing Soy Protein –ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
.

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan.
.

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat kan.
.

Jika anda ada masalah gastrik macam kakma jangan di biarkan bimbang akan dapat sakit yang lagi parah boleh jadi ulser perut or kanser. Jadi ikhtiarlah dgn vitamin gastrik ni. Kakma kongsi pengalaman kakma sendiri dan harap dapat beri kebaikkan buat semua yg ada masalah seperti kakma.

.
.




Sekiranya berminat..boleh hubungi..

WATI:018 2964246
FB     :WATIAZYA
IG     :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU


SID AKTIF KAWASAN KEMAMAN DAN DUNGUN,COD BANDAR CUKAI,GELIGA,BUKIT MENTOK,JERANGAU,BUKIT BESI,AIR PUTIH,SAFTERBANGTINGGI
PUNCA RESDUNG DAN CARA MERAWAT

PUNCA RESDUNG DAN CARA MERAWAT

PUNCA RESDUNG DAN CARA MERAWAT

Assalamualaikum..
Dalam entry wati kali ini ,wati ingin berkongsi apakah punca resdung dan bagaimana nak merawatnya..
.
.

Resdung boleh disebabkan virus,bakteria, atau kulat(fungus).Semakin banyak kes resdung kulat di jumpai akhir-akhir ini,baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada kompromi imuniti(ralat sistem pertahanan badan).
.
.

Mukosa hidung di lengkapi sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria.Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum,spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.
.
.



SIMPTOM KULAT RESDUNG

Pesakit mengalami simptom seperti:

-Hidung berhingus,terutama ada benda hitam dalam hingus

-Hidung tersumbat

-Sakit kepala

-Keletihan dan badan rasa kurang sihat

-Batuk kronik



.
.

Sebelum melarat resdung ni,anda boleh cari suplement yang sesuai ,dan jumpa doktor pakar.

.
.

Wati juga kongsi testimoni ROZILA RAMLI tentang masalah yang dialami oleh suaminya...

.
.
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 6 : ROZILA RAMLI
.
[MASALAH GATAL MUKA DAN HIDUNG AKIBAT RESDUNG HILANG, SERTA SAKIT ATHMA BERKURANGAN SEJAK KONSISTEN BERSHAKLEE]
.

Alaaa...asma je tu, bukan teruk pun. Bagi die rehat, nanti lama-lama ok la tu."

Tu kebiasaan, yang Kak Yang selalu dengar bila seseorang di serang asma. Dulu Kak Yang pun ada berpikiran begitu. Tapi sejak berkahwin dengan orang yang mengidap asma, baru lah Kak Yang sedar tentang seksanya apa yang dihidapi oleh mereka. Asma ni boleh membawa maut jugak tau..huhuhu.
.

Sejak berkahwin Kak Yang dah memang biasa menemani suami amik NEB di klinik atau hospital. Tapi kalau boleh memang dia taknak menjejakkan kaki ke klinik tu. Nasib la orang dewasa, kalau budak kecil dah lama Kak Yang tarik dan dukung.
.

Masih ingat lagi bila first time tengok suami diserang asma. Masa tu nafas dia laju, badan panas macam demam pun ada serta muka pucat. Kak Yang memang cuak giler, tak tau nak buat apa. Ajak ke klinik tak mahu, asyik minta ubat je. So bagi je la dia makan ubat salbutamol tu. Stok memang sentiasa ada dirumah. Kalau dah namanya orang lelaki, memang degil sanggup tahan sakit dari ke hospital.
.

Bukan sekali kejadian macam tu berlaku tetapi berkali-kali. Satu kejadian tu berlaku bila kami dalam perjalanan pergi bercuti ke Melaka. Kami kalau drive selalunya bertukar-tukar jadi driver. Masa kejadian tu, dia yang tengah drive tetiba dia minta tukar, dah letih katanya. So Kak Yang pun drive, tengok die dah rendahkan kerusi dan tidur. Sempat jugak jeling die, tak tidur pun tapi dok menggelisah. Rasa dahi dia panas dan nafas dah turun naik. Pastu dia cakap, "cari klinik boleh tak, tak larat la".  Masa tu dah la di tempat orang ,siap berhenti bertanya orang dimana ada klinik. Akhirnya jumpa juga klinik kesihatan di Alor Gajah dan terpaksa la amik neb sekejap di sana.
.

Sejak itu, Kak Yang sudah mula ambil tahu tentang asma ni. Ubat apa dan berapa dos yang diperlukan. Apa makanan yang perlu dielakkan dan cuaca yang bagaimana yang boleh mendatangkan asma. Yang Kak Yang dapat kenalpasti, suami tak boleh makan seafood terutamanya sotong dan ketam, tak boleh makan belacan, tak boleh kena hujan serta tak boleh tahan dalam tempat sejuk dalam tempoh yang lama terutamanya 'air cond'.
.

Dia juga mengidap resdung. Kak Yang rasa kes suami ni berkait rapat antara RESDUNG DAN ASMA. Sebabnya bila dia tersilap makan ataupun berada di tempat yang berhabuk, mesti malam itu dia akan semput. Selalunya ia akan bermula dengan batuk dan selesema dan tiba malam hari, nafas menjadi laju. Bila keadaan begitu memang Kak Yang akan cepat-cepat bawa ke klinik untuk amik neb.
.

Pernah juga Kak Yang bagi dia makan hati unta yang dikirim melalui orang yang ke Mekah tapi tiada kesan. Kak Yang fikir sampai bila dia harus bergantung pada ubat sahaja, bila habis ubat pergi beli di farmasi. Sampai bila kan. Ubat bukan merawat tapi ia cuma melegakan kesakitan.
.

Jadi jalan yang Kak Yang pilih adalah memberi dia vitamin untuk menguatkan antibodinya. Set yang diambil adalah VITAMIN C, ALFAFA dan OMEGA GUARD. Kak Yang memang pantau suami supaya setiap hari tanpa miss amalkan set ini. Alhamdulillah memang nampak perubahan pada suami Kak Yang.
.

Pagi-pagi dah kurang bersinnya, gatal-gatal muka, resdung pun semakin berkurangan dan yang paling Kak Yang perasan dia dah lama tak amik NEB. Alhamdulillah dengan izin Allah pastinya dan Kak Yang bersyukur sangat-sangat dengan perubahan kesihatan yang suami alami sekarang. Yang penting untuk mendapat kesihatan yang optimum, kita haruslah SABAR DAN KONSISTEN. Jangan anggap makan sebotol dah baik ye. Kadang tu ia bergantung atas penerimaan badan masing-masing.
.

Sekarang ini, Kak Yang bekalkan tambahan vitamin untuk suami iaitu VIVIX pulak untuk kesihatan yang lebih baik. Bukan suami sahaja tapi Kak Yang pun sudah amalkan vivix ini sehingga kini. Doakan kami diberikan kesihatan yang baik ye.
.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah sebegini, Kak Yang sarankan anda mencuba Set Resdung@Set Asma ini. Selagi kita boleh berikhtiar, kita ikhtiar lah. InsyaAllah, sesungguhnya hanya Dia yang maha berkuasa.

.
.



Sekiranya berminat ...boleh hubungi..

WATI:018 2964246
FB     :WATIAZYA
IG     :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU

SID AKTIF KAWASAN KEMAMAN DAN DUNGUN.COD BANDAR CUKAI,BUKIT MENTOK,GELIGA ,JERANGAU,BUKIT BESI.

CARA HILANGKAN CONTENGAN DI DINDING

CARA HILANGKAN CONTENGAN DI DINDING

CARA HILANGKAN CONTENGAN DI DINDING


Assalamualaikum...hai..

Cara hilangkan contengan di dinding,yang ada anak kecil kat rumah tu memang normal kalau dinding berseni.Tambah-tambah kalau anak baru mula pandai pegang pensel dan pen.
.
.
Tak sempat ibu nak belikan kertas conteng yang boleh tampal kat dinding,mereka dah prektis bakat terpendam dulu..kih..kih..Takpe ibu-ibu,kalau rasa payah nak hilangkan kesan conteng itu.

.
.





.
.

Disini anda boleh baca testimoni PUAN SHARIFAH ALHABSYIEE bagaimana cara mudah menghilangkan contengan di dinding ni.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 37 : SHARIFAH ALHABSYIEE
.

[BASIC H MUDAHKAN TUGAS IBU HAPUSKAN CONTENGAN DI DINDING]
.

Assalamualaikum, saya Sharifah Nurulkamariah, ibu kepada 2 orang anak. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan basic H Shaklee.
.

Dah jadi lumrah rumah penuh dengan contengan bila ada anak yang mula pandai menulis dan melukis, saya juga tidak terkecuali dari itu. Tiap hari pasti ada contengan di merata-rata tempat terutama tempat yang kadang-kadang tu saya sebagai ibu pun tak terjangka.
.

Ada satu hari, saya terlihat contengan di dinding bersebelah katil dengan perkataan ‘ALEESHA’ dengan permenant marker pen warna merah pula, ni tak lain tak bukan contengan dari si kakak. Nak marah pun, dah contengkan apa boleh buat lagi. Masa tu saya kehabisan stok basic h, jadi lama juga la contengan tu bertepek di dinding.
.

Baru-baru ni, kebetulan ada order dari kawan, jadi saya orderkan sekali dengan basic H. Malam tu juga saya sediakan bancuhan basic H dan letakkan dalam bekas spray siap-siap untuk kemudahan akan datang. Bukan apa, jika tak dibancuh siap-siap macam ni, mau sebotol terus basic H habis ditangan mereka berdua.
.

Berbekalkan 1 botol spray dan kain lap, saya minta kakak (6tahun) dan adik (5tahun) untuk bersihkan contengan tersebut.  Dengan tak sampai 30minit tulisan tu dah pudar tanpa sentalan yang kuat pun. Ya la anak kecil lagi yang sental kita boleh tahu kudrat mereka kan.  Contengan tersebut hilang, dan paling mengejutkan tiada sebarang perubahan pada cat di dinding tersebut.
.

Ada juga yang cadangkan kepada saya untuk sapukan tinner pada contengan tersebut, tapi bimbang pula kalau-kalau bahan tersebut merbahaya pada anak-anak. Jadi paling selamat saya hanya mengunakan Basic H untuk masalah saya.
.

Alhamdulillah, kini tugas mencuci contengan di dinding lebih mudah dihilangkan dengan basic h dan boleh juga jimatkan masa ibu-ibu semua. Saya dah cuba, anda bila lagi?
.
.



Sekiranya berminat...boleh hubungi..

WATI:018 2964246
FB     :WATIAZYA
IG      :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU


SID AKTIF KAWASAN KEMAMAN,DUNGUN,COD BANDAR CUKAI,BUKIT MENTOK, GELIGA,JERANGAU

CARA KEKAL BERTENAGA DI BULAN PUASA

CARA KEKAL BERTENAGA DI BULAN PUASA

CARA KEKAL BERTENAGA DI BULAN PUASA


Assalamualaikum...hai dalam entry wati kali ni ,wati nak kongsikan bagaimana cara kekal bertenaga di bulan puasa.
.
.

Tinggal beberapa bulan lagi kita nak sambut puasakan?.Bulan puasa adalah bulan bonus untuk kita mempertingkatkan amalan ibadah.Sebab bulan ramadhan segala amalan kita di gandakan pahalanya.Jadi,kita haruslah kekal cergas dan bertenaga di bulan ramadhan supaya kita dapat berpuasa dengan sempurna.
.
.

Tapi,kalau masa puasa badan kita terasa penat ,tak bermaya lemah je macam mana kita nak tingkatkan pahala kitakan.Asyik nak tidur  dan terbaring je smabil tengok jam beberapa lama lagi nak buka puasa.Tambahan pula yang hamil dan menyusukan anak waktu bulan puasa ini kan,lagilah memenatkan.
.
.




Ada cara sebenarnya untuk mengelakkan  epat rasa lapar,penat dan tidak bertenaga.Ikuti tips ini:


TIPS KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA

1-Melewatkan waktu sahur,kerana glukos(sumber tenaga)daripada karbohidrat yang di makan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.

2-Ambil makanan yang lambat di hadam ketika bersahur seperti nasi,roti jagung,oat bijirin ,sayur dan buah-buahan.Makanan ini mengandungi kaborhidrat yang kompleks dan serat berada dalam perut dalam jangkamasa yang lama dan melambatkan rasa lapar.

3-Ambil 3-4 biji kurma sewaktu berbuka.Selain makanan sunnah ia mengandungi gula,serat,kaborhidrat,serta zat galian yang baik untuk kesihatan.

4-Elakkan makanan bergoreng dan berlemak.Makanan ini menyebabkan ketidak hadaman dan senang berlaku pedih ulu hati.

5-Kurangkan makanan manis.Makanan manis tidak dapat disimpan lama kerana di hadam terlalu cepat dan hanya buat kita cepat rasa letih.

6-Tingkatkan pengambilan air .Minum 2 gelas air sewaktu berbuka,ini termasuklah jus buah-buahan atau susu rendah lemak.Minum 2-3 gelas air putih sebelum tidur,minum 2 gelas air putih sewaktu sahur.

.
.

Wati kongsikan juga testimoni PUAN NAJIHAH ABDUL MUTALIB dan vitamin-vitamin yang di ambil semasa di bulan puasa sentiasa cergas dan bertenaga walaupun sarat hamil dan menyusukan anak lagi.


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 41 : NAJIHAH ABDUL MUTALIB
.

[BERPUASA DENGAN CERGAS DAN BERTENAGA WALAUPUN KETIKA SARAT HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK]
.

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Nama saya ialah Najihah Abdul Mutalib, seorang ibu bekerjaya dan mempunyai 6 orang anak termasuk sepasang kembar. Perkenalan saya dengan Shaklee bermula sejak sebelum saya hamil anak ke-5 iaitu kira-kira lebih lima tahun yang lalu. Alhamdulillah setelah 5 tahun saya mengamalkan suplimen dan produk Shaklee yang lain, banyak kesan yang telah saya serta keluarga rasai sejak dulu hingga kini.
.

Alhamdulillah, kali ini saya dengan berbesar hatinya ingin berkongsi dengan anda semua satu lagi #shakleeeffect yang saya sendiri alami terutamanya ketika hamil atau ketika tempoh penyusuan anak. Saya percaya ramai di kalangan ibu-ibu hamil dan menyusui anak sering menghadapi masalah keletihan atau kurang cergas dan kurang bermaya terutamanya jika kita berpuasa wajib mahupun sunat. Dulu saya juga sering mengalami masalah ini. Keletihan melampau atau kurang bermaya dan kadang-kadang boleh membawa kepada pedih ulu hati serta muntah-muntah kerana berpuasa ketika sarat hamil mahupun ketika tempoh menyusukan anak.
.

Walaupun adanya rukhsah atau keringanan tertentu yang diberikan kepada kaum ibu terutamanya ibu hamil (untuk berbuka puasa), namun kita pun pastinya tidak suka untuk berbuka puasa begitu sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab untuk berikhtiar menyelesaikan masalah yang kita hadapi itu. Kekadang, bila situasi ini berlaku, saya jadi tidak bersemangat untuk melaksanakan sebarang jenis tugasan yang diberi, asyik nak tidur je kerjanya. Dah tu, bila rasa letih dan anak-anak kecil pula datang mengganggu, dan mulalah selepas itu rasa macam nak marah, stress dan seumpamanya.
.

Alhamdulilah, selepas saya mengambil Set Mighty Three Gems Shaklee, saya perasan bahawa masalah yang saya hadapi itu tiada lagi. Saya tidak lagi berasa lemah longlai, sakit kepala dan sakit ulu hati selepas saya mengambil ESP Protin Soya Shaklee, Meal Shakes dan Perfomance Drink. Kebiasaannya, saya mengambil set vitamin ini ketika bersahur dan juga waktu berbuka puasa. Malahan, sebenarnya set ini bukan sahaja bagus diambil oleh ibu hamil atau menyusu tetapi juga boleh diamalkan oleh kanak-kanak, warga emas dan semua golongan masyarakat.
.

ESP Shaklee berfungsi untuk mengembalikan tenaga kita yang telah hilang dan mengekalkan rasa kenyang itu untuk satu tempoh yang agak panjang. Selain itu, ESP dapat mengurangkan rasa lapar dan ia juga amat kaya dengan 9 Asid Amino lengkap yang amat diperlukan oleh tubuh. Gabungan antara ESP dan Meal Shakes amat membantu memberikan rasa kenyang yang lama dan berpanjangan kepada tubuh kita. Sementara pengambila Performance Drink pula amat membantu mengekalkan cecair yang diperlukan oleh tubuh dan secara tak langsung dapat mengurangkan rasa dahaga yang melampau.
.

Sebenarnya Set Mighty Three Gems ni amatlah sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan bukan hanya ketika berpuasa sahaja. Saya sendiri sampai sekarang masih minum vitamin-vitamin ini untuk memberi tenaga yang banyak digunakan sehari hari. Tambahan pula saya ni mempunyai 6 orang anak yang masih kecil dan bekerja pula, sudah semestinya tubuh badan akan merasa letih jika tidak dijaga sebaiknya. Saya juga memberi anak-anak minum vitamin-vitamin ini terutamanya ketika bersahur kerana ia amat membantu mengurangkan rasa letih anak-anak dan dapat membantu mereka meneruskan puasa hingga selesai.
.

Kini, minumam pemberi tenaga ini terutamanya ESP telah menjadi minuman kegemaran kami seisi keluarga. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana membuka hati saya untuk mencuba vitamin Shaklee. Kepada anda yang mempunyai masalah letih-letih badan, lemah dan tidak bermaya sama ada ketika hamil atau tidak, menyusukan atau tidak, atau semua golongan sekalipun bolehlah mencuba ESP, Meal Shakes dan Performance Drink Shaklee ini. InsyaAllah pasti ia dapat menyelesaikan masalah anda dan yang penting sekali SHAKLEE adalah SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.
.
.



Vitamin yang diambil ialah,ESP,MEAL SHAKES DAN PERFORMANCE DRINK .


Sekiranya berminat...boleh hubungi..


WATI:018 2964246
FB     :WATIAZYA
IG      :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU

SID AKTIF KAWASAN KEMAMAN DAN DUNGUN.COD BANDAR CUKAI,BUKIT MENTOK,GELIGA,JERANGAU


PUNCA ACZEMA DAN LANGKAH MENGATASI

PUNCA ACZEMA DAN LANGKAH MENGATASI

PUNCA ACZEMA DAN LANGKAH MENGATASI

Assalamualaikum..hari ni wati ingin berkongsi entry tentang punca Aczema dan langkah-langkah mengatasi.
.
.
Bila sebut pasal aczema ni ,kita sudah tahu aczema ni ialah kondisi kulit yang kering dan gatal.Eczema di kalangan kanak-kanak selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia 2 tahun.




.
.
Eczema juga dikenali sebagai ekzema Atopik atau Dermatitis.Atopik bermaksud kecenderungan mendapat penyakit seperti eczima,asma dan deman alergi.Kesannya sama,kulit kering,gatal,merah dan rekah yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah.Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan,muka,leher,siku dan belakang lutut.
.
.
Kenapa terjadinya aczema ini,disini wati kongsi apa puncanya,antaranya ialah:

1-Pencemaran antara punca eczema

2-Terdapat sejarah penyakit ini di dalam keluarga

3-perubahan emosi(resah dan stress)

4-Allegik kepada makanan dan bahan pengawet

5-cuaca panas

6-Allegik kepada persekitaran(asap rokok,bahan kimia,haiwan berbulu dan habuk)

7-kuat berpeluh

8-Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun

9-Alahan kepada pemakaian ,barang kemas dan bahan kosmetik

10-Alahan kepada fabrik tertentu

.
.

Sebelum terjadi eczima ni baik kita mengambil langkah-langkah pengawalankan? Antaranya:

-Mengawal kitaran eczima dengan melembapkan kulit

-mengubati keradangan

-Mengelakkan penggunaan sabun atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit

-Mengelakkan makanan yang menyumbang kepada eczema

-Menjaga kebersihan diri,tempat tinggal dan persekitaran

-Kurang berada di luar rumah terutama mereka yang alergik terhadap debunga(pollen)

.
.

Bagi mengelakkan eczema berulang lagi anda perlulah cari suplement yang sesuai,dan jaga pemakanan kita setiap hari.Di sini wati kongsi kan testimoni PUAN FADZILAH ISMAIL ikhtiar dengan pengambilan vitamin dari shaklee tentang masalah yang dialaminya.
.
.

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 20 : FADZILAH ISMAIL
.

[MASALAH ECZEMA DAN ASMA BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
.

Saya Fadzilah binti Haji Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya bersama shaklee dari tahun 2012. So sejak kenal shaklee banyak sangat perubahan dalam kehidupan peribadi saya. Tapi kat sini saya nak share satu. Perubahan ketara lepas amalkan VIVIX SHAKLEE.
.

Saya ada masalah eczema dari kecil. Masa umur 4 tahun mak cerita memang ulang alik hospital jumpa pakar. Bila dah masuk alam persekolahan kene asma pulak. Tapi gatal-gatal eczema masih ada, cuma tak seteruk masa kecil.
.

Saya alah dengan habuk dan seafood. Memang kalau makan udang, kerang, sotong, ketam memang nikmat sangat menggaru lepas tu. Telur pun saya alah jugak. Kalau makan kat kedai memang kene order specific.. Hihiii.. contohnya nasi goreng taknak telur dan nak ayam je. Sebab ada kedai/restoran yang masak letak udang sotong kan even nasi goreng biasa je pun.
.

Memang kena memilih dan berpantang makan. Seksa sangat bagi saya yang kuat makan ni. Kalau teringin sangat, saya makan je, tapi lepas tu layan gatal dan menggaru la jawabnya. Dan kalau kene habuk pulak asma menyerang. Makanan pun banyak jugak kene pantang orang yang ada asma.
.

Eczema dan asma(lelah) doktor cakap adik beradik. Saling berkaitan. Tapi ada je yang ada eczema tapi takde asma manakala ada asma takde eczema. Dan saya insan special sebab dua-dua ada. Hihiii... Eczema ni banyak penyebab antaranya berpunca dari darah. Saya memang ada keturunan eczema dan asma.
.

Orang yang ada eczema dan asma ni tau la macam mana azabnya kalau tersilap makan. Lain orang lain makanan yang dia alah. Ada yang alah ayam dan daging pun tak boleh makan.
.

Kemuncak masalah eczema saya masa mengandungkan anak ketiga, ezcema agak teruk jugak kat bahagian kaki. Dan berlarutan sampai selepas bersalin. Mungkin hormon mengandung dan umur dah masuk 30an, menjadi-jadi gatal dia tu. (boleh tengok gambar sebelum).
.

Sebab kene dekat jari kan. Nak makan susah kene pakai sudu garfu dah macam mat saleh dah rasanya. Hihiii.. Tambah plk kita ibu nak kene buat kerja-kerja rumah tu semua guna air kan. Tangan yang gatal ni bila kene air lagi menjadi-jadi gatalnya. Memang derita sangat. Nak membasuh kene pakai glove. Kadang masak pun tak. Sedih sangat.
.

Lama-lama tak tahan try add on vivix sebab vitamin lain tu memang dah makan. Bila konsisten set yang macam dalam gambar (vivix, vitalea, vita c, bcomplex, garlic) secara konsisten dan amik nutriferon 3x sehingga serta sapu krim Herbal Bland alhamdulillah tanpa sedar saya dah boleh makan tanpa sudu. Dah boleh masak tanpa risaukan tangan yang pedih dan gatal-gatal. Alhamdulillah syukur sangat. Asbab dengan shaklee masalah kat jari dan kaki dah sembuh. #shakleeeffect
.

Cuma pesanan saya kepada yang ada masalah macam saya, selain teruskan makan suplemen, kawal pemakanan kita juga. Sebab eczema yang berkait dengan darah akan kekal dengan kita sampai mati.  Tapi bila kita kawal makan dan amal suplemen akan mengurangkan simptom yang sebelum ni selalu kene hadap dan tak mustahil akan sembuh juga. Sekarang dah berani makan seafood dan kalau gatal-gatal datang pun cepat recover.
.

Saya sangat-sangat sarankan yang ada masalah macam saya cuba konsisten dengan vivix sebab vivix ni bantu sel-sel yang tak sihat. Manakala Set Asas (vitalea, vita c dan bcomplex) pula membantu mencukupkan nutrisi yang kurang dalam diet kita. Bila sel badan kita sihat​ dan badan kita cukup nutrisi in shaa Allah masalah kesihatan kita cepat baik. Semuanya dengan izin Yang Maha Esa.





Sekiranya berminat...boleh hubungi

WATI:018 2964246
FB     :WATIAZYA
IG     :WATIAZYA_SHAKLEETERENGGANU


SID AKTIF KAWASAN KEMAMAN,DUNGUN,COD BANDAR CUKAI ,BUKIT MENTOK,GELIGA,JERANGAU.
CIK WATI SHOPP PENGEDAR SHAKLEE KEMAMAN YANG AKTIF.COD BANDAR CUKAI,BERENJUT,DUNGUN. © . Designed by MaisarahSidi.com